Tuesday, March 4, 2008

puisi pilihanraya part II

Salam pilihanraya buat calon-calon BN, PKR, PAS, dan lain-lain
kempen kempen juga tapi jangan lupa solat
begitu juga penyokong dan petugas
jangan asyik pasang bendera sana, ceramah sini tapi tak sembahyang
sebab kalau kerja kita tak jaga solat
tak berkat

Orang media tv dan suratkhabar pun macam tu
jangan buat berita putar belit saja
laporlah apa yang berlaku bukan petik sana petik sini lepas tu
fokus pada bende yang bukan utama
atau bukan isi sebenarnya

baik kerajaan atau pembangkang biarlah berkempen mendidik rakyat
jangan asyik janjikan kebendaan saja
nak menang pun biarlah rakyat pun terbangun sama minda dan jiwa
kerana nak maju bukan dengan hanya gaji, elaun, duit, rm saja
rakyat mahukan pemimpin yang bukan hanya boleh membangun bangunan
tapi membangunkan modal insan

kita dan pilihanraya umum ke 12

Seloka pilihanraya kita

8 haribulan mac kita mengundi
semua parti sudah kempen hari-hari
tv radio surat khabor dah tak ada bende lain nak isi
poster dan gambar sudah ditampal gantung di sana sini

calon-calon muka lama muka baru ada belaka
ada juga yang kena gugur entah sebab apanya
sebab itu tukang sokong ada yang protes tak puas hati katanya
bendera dicabut entah siapa punya kerja
paling senang tuduh aja pembangkang punya angkara
cerita sebenar wallahu'alam tanyalah pada Tuhan Maha Kuasa...

pilihanraya tempat kita memilih pemimpin
bukan sekadar suka-sukaan berkempen
pilihlah pemimpin yang boleh memimpin
yang dirinya terpimpin bukan tukang sapu habis licin

yang aku hairan kenapa masa ini banyak projek sana sini
kalau dah mampu kenapa masa yang lalu tak diberi
tampal jalan sana tampal jalan sini
3 tahun jalan berlubang baru nampak sekarang ini

Buat rakyat sama-samalah kita undi pemimpin yang baik
tak kira parti mana sebab asalkan calon orangnya baik
supaya politik kita maju akan datang parti-parti semua baik
kerana kita mengajar mereka untuk jadi parti yang baik

Parti itu cuma alat
pemimpin menentukan ke mana ia dekat
dekat ke dunia saja atau membawa bahagia ke akhirat

Thursday, October 11, 2007

Salam ekspresi

Assalaamu'alaikum semua...rakyat Malaysia baik yang muslim atau bukan.